Ketika Cinta Tak Sempurna | Kool FM
Home > Dramatik Kool > Ketika Cinta Tak Sempurna

Ketika Cinta Tak Sempurna

/ / /
Comments are Off

Sinopsis

Indah dan Rumi merupakan pasangan kekasih yang telah bercinta sejak zaman persekolahan lagi. Mereka berdua merancang untuk mendirikan rumahtangga. Sayangnya hubungan mereka terputus setelah Indah mendapat tahu yang Rumi pernah curang dengan perempuan lain. Indah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan jodoh pilihan keluarganya. Rumi yang kecewa dengan perpisahan itu telah membawa diri ke luar negara-iaitu kota Paris. Sepanjang perpisahan mereka, cinta Rumi pada Indah tidak pernah berkurangan sedikit pun. Akhirnya Rumi mengambil keputusan untuk pulang ke tanahair dan bersetuju dengan cadangan mamanya untuk bertunang dengan Alia. Manakala Indah pula baru bertemu dengan kawan lamanya iaitu Anis, Indah menceritakan tentang apa yang berlaku dalam hidupnya selama ini. Indah baru sahaja kematian anak tunggalnya yang berusia setahun lebih dan Indah juga telah bercerai dengan suaminya Fattah. Pada suatu hari Indah disahkan mengidap penyakit kanser perut. Indah yang putus-asa dengan hidupnya, telah menyerahkan diarinya kepada sahabat baiknya Anis. Melalui diari Indah, barulah Anis tahu bahawa selama ini Indah tak pernah melupakan cinta pertamanya iaitu Rumi. Anis nekad mencari Rumi, kerana Anis tahu hanya Rumi yang mampu mengembalikan semangat Indah untuk terus hidup. Rumi yang baru sahaja bertunang dengan Alia, mengambil keputusan untuk meninggalkan tunangnya, kerana selama ini Rumi tidak pernah mencintai Alia. Indah yang baru sahaja menjalani pembedahan, sedar dan mendapati Rumi ada di sisinya. Indah sungguh terharu kerana dapat bertemu dengan Rumi. Setelah mendapat tahu bahawa Rumi telah mempunyai tunang, Indah menghilangkan diri, kerana tidak mahu merosakkan hubungan Rumi dan Alia. Rumi nekad mencari Indah sampai ke kota Paris, kerana semasa mereka bercinta dulu, Rumi pernah berjanji akan melamar Indah di saksikan Effiel Tower. Indah serba salah apabila Rumi melamarnya. Namun akhirnya Indah menerima lamaran Rumi kerana dia sendiri tidak dapat menafikan bahawa cinta pertamya itu adalah segala-galanya untuk Indah. Indah mahupun Rumi…mereka tak mungkin hidup bahagia dengan orang lain, selain cinta pertama mereka.