Terma dan Syarat | Kool FM

PERATURAN-PERATURAN AM PERADUAN Kool FM

Kool FM adalah sebuah stesen radio di bawah atau kepunyaan Media Prima Berhad. Oleh yang demikian, setiap kenyataan di bawah yang menyatakan berkenaan Kool FM turut merujuk kepada Media Prima Berhad.

Terpakai untuk semua penyertaan peraduan sama ada melalui radio, Internet, atau apa-apa juga bentuk peraduan di dalam apa-apa media yang akan ditentukan oleh Kool FM.

  1. Melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam peraturan-peraturan khas, tiada individu dibenarkan untuk menyertai mana-mana peraduan lebih daripada sekali.
  2. Hadiah-hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pemberitahuan. Selepas tempoh tersebut, hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan pemberian-pemberian mereka. Adalah difahami bahawa Kool FM memiliki hak mutlak ke atas hadiah-hadiah yang tidak dituntut. Kool FM tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Pemenang-pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
  3. Kecuali dinyatakan sebaliknya kepada pemenang-pemenang, hadiah-hadiah perlu dituntut secara sendiri oleh pemenang-pemenang. Semasa menuntut hadiah, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri yang mana pengenalan diri tersebut adalah dokumen bergambar pemenang tersebut, sebagai contoh, antara lainnya adalah termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan pasport.
  4. Jika Kool FM memilih untuk menghantar satu-satu hadiah melalui pos atau kourier, Kool FM tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan dan jaminan penyerahan hadiah melalui pos. Kool FM secara nyata melepaskan segala liabiliti dan tanggungjawab yang timbul hasil daripada kehilangan, kerosakan atau kegagalan penyerahan hadiah.
  5. Dalam keadaan-keadaan tertentu dan tertakluk kepada budi bicara mutlak Kool FM, seseorang pemenang boleh melantik wakil yang ditentukan untuk menuntut hadiah. Kebenaran bertulis dan pengenalan diri untuk kedua-dua pemenang dan wakil hendaklah dikemukakan semasa tuntutan dibuat.
  6. Jika seseorang pemenang memilih untuk menolak penerimaaan sesuatu hadiah, hak pemenang tersebut akan dibatalkan ke atas hadiah tersebut, yang mana ianya akan diuruskan menurut budi bicara penuh Kool FM.
  7. Pemenang-pemenang di bawah umur 18 tahun hendaklah diiringi oleh ibu/bapa/penjaga sah semasa tuntutan hadiah. Kedua-dua pemenang dan ibu/bapa/penjaga sah perlu menandatangani peraturan-peraturan am peraduan ini serta menunjukkan pengenalan diri yang secukupnya.
  8. Salinan peraturan-peraturan am peraduan hendaklah dikemukakan dan ditandatangani atau disahkan oleh mana-mana pemenang apabila diminta oleh Kool FM.
  9. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik, mesti digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan (yang mana berkenaan) dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.
  10. Risiko penggunaan/pengambilan hadiah-hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang-pemenang secara keseluruhannya, dan Kool FM melepaskan kesemua jaminan dan tanggungjawab ke atas sebarang hadiah sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
  11. Kool FM, ejen-ejennya, penaja-penajanya, wakil-wakilnya dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya adalah tidak bertanggungjawab ke atas hadiah-hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau apa-apa tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul, hasil daripada atau berkaitan dengan apa-apa peraduan yang dipromosikan atau dianjurkan oleh Kool FM.
  12. Berkenaan apa-apa hadiah yang membabitkan penyertaan di dalam apa-apa aktiviti:
    1. Kool FM dan pekerja-pekerjanya serta ejen-ejennya adalah dilepaskan dan dilindungi oleh pemenang berkaitan apa-apa tuntutan kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa berkaitan dengan penyertaan seseorang pemenang untuk sesuatu hadiah.
    2. Di atas budi bicara mutlak Kool FM, pemenang boleh diminta untuk menandatangani satu persetujuan indemniti atau perlindungan dalam bentuk yang dikehendaki oleh Kool FM sebagai salah satu pra syarat pemilikan hadiah.
    3. Jika pemenang adalah di bawah umur 18 tahun, ibu/bapa/penjaga sah boleh di atas budi bicara mutlak Kool FM menandatangani satu persetujuan indemniti atau perlindungan dalam bentuk yang dikehendaki oleh Kool FM dan persetujuan kebenaran untuk penyertaan pemenang untuk sebagai salah satu pra syarat pemilikan hadiah pemenang tersebut.
  13. Jika sesuatu hadiah yang dinyatakan tidak dapat disediakan hasil daripada keadaan-keadaan yang tidak dapat dijangkakan atau dielakkan, Kool FM boleh menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah yang hampir serupa atau dengan hadiah yang lain bernilai sama mengikut budi bicara mutlak Kool FM.
  14. Melainkan dinyatakan sebaliknya, untuk sebarang hadiah perjalanan yang membabitkan penerbangan, kelas perjalanan adalah kelas ekonomi.
  15. Pemenang juga boleh dikehendaki oleh Kool FM untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video dan/atau filem dan hendaklah mengiktiraf bahawa Kool FM mempunyai hak untuk mengguna pakai gambar-gambar publisiti, video-video dan/atau filem-filem dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang Kool FM fikirkan perlu dan sesuai, melainkan seseorang pemenang itu pada masa penyertaan peraduan meminta Kool FM untuk tidak mendedahkan identitinya. Sekiranya peserta meminta supaya Kool FM tidak mendedahkan identitinya, Kool FM mempunyai budi bicara mutlak sama ada untuk menerima atau tidak.
  16. Penyertaan-penyertaan peraduan dan sebarang material yang dihantar serah berkaitan dengan mana-mana peraduan (sama ada bertulis, berbentuk audio atau visual, atau kombinasi kedua-duanya) atau apa-apa gambar, video dan/atau rakaman filem atau rakaman audio yang diambil ke atas peserta-peserta adalah hak milik Kool FM. Kool FM berhak untuk menggunakan material tersebut dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang munasabah yang difikirkan perlu. Hak cipta material-material tersebut di dalam ini juga adalah hak milik Kool FM semata-mata.
  17. Kool FM berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama seseorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan Kool FM secara amnya. Kool FM berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh Kool FM tanpa sebarang pampasan tambahan.
  18. Para pemenang adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa dan segala cukai yang perlu dibayar ke atas hadiah-hadiah yang diberikan kepada atau diterima oleh mereka.
  19. Sekiranya dalam transaksi sesuatu peraduan:
    1. Talian telefon terputus atau;
    2. Terdapat gangguan terhadap talian telefon semasa peraduan diadakan termasuklah situasi di mana terdapat beberapa talian telefon yang digunakan atau;
    3. Dua talian telefon saling bersaling (cross line) ketika peraduan ke udara diadakan, Kool FM berhak menukar pemanggil sekiranya tiada pemenang lagi.
  20. Kool FM mempunyai budi bicara mutlak:
    1. Untuk membatalkan penyertaan mana-mana pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang tertentu
    2. Untuk tidak bertanggungjawab memberi sesuatu hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang tertentu; dan
    3. Boleh memberi hadiah kepada individu lain yang tertentu mengikut budibicara mutlaknya.
    4. Di mana di dalam keadaan-keadaan tersebut keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kool FM adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau perbincangan adalah tidak akan dilayan.
  21. Kool FM memiliki hak dan mempunyai budi bicara penuhnya untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu yang ditakrifkan sebagai menggangu untuk tujuan menipu proses kemasukan atau penyertaan; atau operasi peraduan atau kawasan, berkelakuan dalam keadaan melanggar atau berpotensi untuk melanggar mana-mana peraturan di dalam peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah di dalam ini. Tiada sebarang surat-menyurat akan dilayan dalam keadaan ini. Kool FM selanjutnya mempunyai hak untuk membatalkan, mengubahsuai, menggantung atau menangguhkan peraduan dalam keadaan-keadaan yang tidak dapat dielakkan yang mana adalah di luar bidang kuasa yang munasabah.
  22. Individu-individu adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai dan/atau memenangi sesuatu peraduan sekiranya:
    1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja Kool FM; Rangkaian Radio Media Prima; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
    2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada Kool FM atau syarikat bernaung di bawah Rangkaian Radio Media Prima; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. Tempoh untuk kemenangan seterusnya seperti dalam jadual berikut (melainkan dinyatakan sebaliknya & tertakluk kepada pindaan Kool FM):* Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
    3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada Kool FM.
    4. Seseorang ahli di dalam keluarga atau rumah individu terbabit telah memenangi sesuatu hadiah di dalam apa-apa peraduan dalam tempoh hari seperti 22 (b) sebelum hari penyertaan peraduan tersebut – penyertaan akan dibatalkan.
    5. Seseorang ahli di dalam keluarga atau rumah individu terbabit telah memenangi sesuatu hadiah di dalam apa-apa peraduan dalam tempoh hari seperti 22 (b) sebelum hari penyertaan peraduan tersebut – penyertaan akan dibatalkan.
    6. Mereka telah memenangi hadiah bernilai RMRM5,001.00 atau lebih daripada Hot FM atau dalam mana-mana peraduan Kool FM dalam tempoh 12 bulan sebelum penyertaan peraduan tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya.
    7. Didapati bahawa mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama untuk melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada Kool FM.
    8. Seseorang ahli di dalam keluarga atau rumah individu terbabit telah memenangi sesuatu hadiah di dalam apa-apa peraduan dalam tempoh hari seperti 22 (a-f) sebelum hari penyertaan peraduan tersebut – penyertaan akan dibatalkan.
  23. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.
  24. Peserta-peserta mengiktiraf bahawa Kool FM masih boleh mengguna pakai Peraturan 18 dan/atau Peraturan 19 walaupun Kool FM hanya menyedari ketidaklayakan seseorang individu selepas Kool FM telah atau kelihatan telah menyerahkan hadiah kepada individu yang tidak layak tersebut. Pemulangan hadiah atau pembayaran wang tunai yang sama nilainya dengan hadiah tersebut kepada Kool FM boleh dituntut oleh Kool FM dalam situasi sebegini.
  25. Kool FM berhak untuk memasukkan informasi berkenaan penyertaan mana-mana peserta ke dalam apa-apa sistem data utama untuk kegunaan dalam apa-apa perkara.
  26. Di mana Kool FM mempunyai syarat-syarat serta peraturan-peraturan khas berkaitan peraduan tertentu, syarat-syarat serta peraturan-peraturan khas tersebut adalah terpakai dalam keadaan di mana syarat-syarat khas tersebut adalah tidak konsisten dengan perkara-perkara am di dalam ini.
  27. Individu di bawah umur 18 tahun adalah tidak layak untuk menyertai apa-apa peraduan sekiranya peraduan tersebut melibatkan pemberian hadiah yang merangkumi sesuatu kenderaan atau voucher kenderaan melainkan syarat-syarat khas menyatakan sebaliknya.
  28. Kegagalan Kool FM untuk menguatkuasa mana-mana peraturan-peraturan dalam apa jua keadaan tidak akan memberi sebarang tuntutan hak kepada mana-mana individu.
  29. Penafian-Penafian: Dengan penyertaan peraduan, setiap peserta bersetuju bahawa Kool FM, Media Prima Berhad, pekerja-pekerjanya, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarah, ejen-ejen, badan-badan atau individu-individu yang berkaitan dengannya, syarikat induk, syarikat-syarikat naungannya dan wakil-wakilnya (“Penaja Peraduan”) adalah tidak bertanggungjawab atau bertanggungrugi untuk sebarang kerosakan, kerugian, kecederaan, hak, tuntutan atau tindakan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan peraduan tersebut, atau hasil daripada penerimaan, penyimpanan, penggunaan/penyalahgunaan hadiah-hadiah, atau penyertaan dalam peraduan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencabulan privasi. Setiap perserta selanjutnya bersetuju bahawa penaja-penaja peraduan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungrugi terhadap mana-mana kelewatan penyertaan (termasuk transmisi data yang lewat), kacau ganggu, kekeliruan, ketidaksiapan, salah arah, kehilangan, kecacatan, kelewatan, kerosakan, penduaan atau selainnya yang tidak selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat di dalam ini.
  30. Kool FM penyertaan melalui Internet adalah dipertanggungjawabkan di bawah risiko mutlak peserta. Penaja-penaja peraduan adalah tidak bertanggungjawab atau bertanggungrugi dan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungrugi ke atas sebarang kecederaan atau kerosakan terhadap peserta-peserta atau mana-mana komputer individu berkaitan dengan atau hasil daripada penyertaan atau muat turun material-material yang berkaitan dengan peraduan tersebut. Penaja-penaja peraduan juga adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan, ketidakmasukan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi akibat teknikal, perkakasan, perisian atau sebarang kegagalan telefon daripada sebarang segi, kehilangan atau ketiadaaan hubungan rangkaian, kegagalan hubungan komunikasi, kegagalan server, atau kegagalan, ketidaknyataan, ketidaksiapan, ketidaktepatan, kekeliruan, atau kelewatan komunikasi elektronik yang disebabkan oleh peserta-peserta atau daripada mana-mana peralatan atau program berkaitan dengan atau yang digunakan di dalam peraduan tersebut atau kesesakan trafik di dalam Internet atau di dalam mana-mana laman web, atau terjadi akibat kesilapan manusia yang mungkin terhasil daripada pemprosesan penyertaan-penyertaan peraduan tersebut, atau mana-mana kombinasi daripadanya.
  31. Peraduan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Peraduan ini adalah terbatal jika ianya adalah dilarang atau dihalang oleh mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara atau mana-mana undang-undang kerajaan. Peraduan ini juga adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat di dalam ini.
  32. Kelayakan-kelayakan atau halangan-halangan khas boleh diaplikasikan kepada peraduan-peraduan tertentu, yang mana dalam kes tersebut suatu penambahan terhadap peraturan-peraturan ini akan dinyatakan. Peraturan-peraturan ini boleh ditukar pada bila-bila masa oleh Kool FM tanpa memerlukan sebarang notis awal.

PROSES PENYEDIAAN HADIAH

Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Kool FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 HARI BEKERJA dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.

Privasi Data Peribadi Anda adalah penting kepada kami dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Untuk Notis Perlindungan Data Peribadi Media Prima Berhad, sila klik di sini.