Connect with us
Hot Kool Jam

Kosong

Sinopsis

Sufian dan Ruby merupakan pasangan suami isteri yang telah 10 tahun mendirikan rumah tangga. Sufian seorang suami yang penyayang dan romantik, mempunyai syarikat sendiri. Manakala Ruby seorang iateri yang setia, lemah-lembut dan manja, merupakan Chef pastry di sebuah hotel terkemuka. Walaupun tidak dikurniakan cahayamata, namun Sufian dan Ruby bahagia. Segala-galanya sempurna. Sehinggalah pada malam ulang tahun perkahwinan mereka, Ruby ditimpa kemalangan. Sejak keluar dari hospital, Ruby berubah menjadi murung dan mula menjauhkan diri daripada Sufian. Pada suatu hari, Ruby tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk bercerai. Sufian terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya ingin bercerai. Ruby memberi alasan yang dia tidak lagi mempunyai perasaan terhadap Sufian. Sufian yang bagaikan tak percaya, enggan melepaskan Ruby. Sufian setuju memberikan ruang kepada Ruby untuk bersendirian. Sufian dan Ruby mengambil keputusan untuk tinggal berasingan buat sementara waktu. Sepanjang mereka tinggal berasingan, Sufian menderita rindukan Ruby. Manakala Ruby pula tidak pernah menghubungi Sufian untuk bertanya khabar. Sehingga pada suatu hari Ruby menghubungi Sufian, Ruby menangis. Rupanya rumah mereka hampir hangus terbakar, gara-gara Ruby yang terlupa mematikan api dapur gas. Selepas kejadian itu, Ruby berterus-terang kepada Sufian, apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya sehinggakan dia meminta cerai daripada Sufian. Ruby mengidap ‘anosmia’ iaitu kehilangan deria bau, akibat pendarahan yang melampau pada hidungnya dan kerosakan saraf di kepala, disebabkan kemalangan semasa malam ulang tahun perkahwinan mereka. Sejak mengidap anosmia, Ruby tidak dapat menghidu apa-apa, sehinggakan apa yang dimakannya semuanya terasa hambar. Ruby mula hilang selera pada makanan. Malah kerjayanya sebagai seorang chef juga musnah, Ruby hilang kepakaran memasaknya. Malah disebabkan anosmia jugalah rumah mereka hampir terbakar, kerana Ruby tidak dapat menghidu bau makanan yang hangus di atas dapur. Sufian terperanjat apabila mendapat tahu keadaan Ruby. Sufian merayu untuk kembali tinggal bersama Ruby. Sufian tidak sanggup membiarkan Ruby melalui penderitaan itu seorang diri. Namun hasrat Sufian ditolak oleh Ruby. Menurut Ruby, anosmia yang dihidapinya itu turut mengubah perasaannya terhadap Sufian. Setiap kali Sufian memeluknya, Ruby terasa dia sedang memeluk sebuah bantal, kerana dia tidak lagi dapat menghidu haruman minyak rambut Sufian, bau haruman perfume Suffian, semuanya hilang. Ruby rasa dunia yang dipijaknya berubah menjadi dunia yang asing buatnya. Ruby menderita dalam diam. Air matanya mengalir setiap pagi, kerana dia hilang nikmat menikmati bau secawan kopi dan sekeping roti bakar. Ruby tahu, orang lain tak mungkin faham apa yang dialaminya. Mungkin semua orang berfikir yang hilang deria bau, tidak seteruk hilang keupayaan yang lain. Ruby nekad ingin berpisah dengan Sufian, kerana dia tidak sanggup menipu Sufian dan dirinya sendiri. Cintanya terhadap Sufian tidak lagi seperti dulu. Sufian seperti orang asing baginya. Mereka akhirnya bercerai. Sufian patah hati. Ruby pula struggle membiasakan diri dengan dunianya yang baru. Sehingga pada suatu hari Sufian sedar, dia tak boleh hidup tanpa Ruby. Sufian meminta Ruby kembali kepadanya, tetapi bukan sebagai isteri. Sufian ingin menjadi sahabat Ruby, orang yang paling rapat dengan Ruby, orang yang akan sentiasa menjaga Ruby. Sufian sedar sebuah kisah cinta, tak semestinya berakhir dengan cinta. Ruby menerima Sufian sebagai sahabat.

 

Watak & Perwatakan

Dato’ Eizlan Yusof sebagai Sufian

Seorang lelaki berusia 30-an. Merupakan seorang suami yang romantik, penyayang dan setia. Mempunyai syarikat sendiri. Seorang yang bertimbangrasa dan penyabar.

 

Dynas Mokhtar sebagai Ruby

Seorang wanita berusia 30-an. Merupakan seorang isteri yang setia, lemah-lembut dan manja. Seorang chef di sebuah hotel terkemuka. Seorang yang suka memendam perasaan dan sensitif.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement