Peluk gambar arwah isteri di persandingan anak | Kool FM
Home > CeriteraKool > Peluk Gambar Arwah Isteri Di Persandingan Anak

Peluk Gambar Arwah Isteri Di Persandingan Anak

Melalui Facebook Jurugambar perkahwinan “Mohd Hafizan Ilias”

” Hari ini saya berpeluang merasai suatu perkara. Perasaan yang sangat berbeza. Pakcik ini sangat hebat. Ketika saya menghalakan kamera untuk mengambil gambar, “nanti kejap”, katanya.Dia mengeluarkan sesuatu dari pouch bagnya, berbungkus kemas di dalam plastik, dikeluarkannya satu gambar.Kasih, sayang cinta sampai syurga. Rasa sebak, rasa tergenang mata tetapi tahan sajalah.

1

Diceritakan oleh anaknya, awal-awal pagi lagi sebelum majlis beliau telah keluar balik ke Ipoh (kediamannya) dan pulang semula ke Parit, hanya untuk mengambil ‘sampul’ itu.

Ye, beliau membawa ke mana sahaja ‘sampul’ itu, mungkin tempat untuk letak ‘ang pau’ orang bersalam agaknya. Semalam sebak rasanya bila melihat gambar dikeluarkan dari pouch bag-nya. Hari ini, perasaan itu datang lagi, berkaca jugalah mata bilamana melihat isi ‘sampul’ yang dikeluarkannya adalah gambar arwah isterinya (Large scale) yang ‘lebih terang’, katanya.

640x426x1485622200_832_3-jpg-pagespeed-ic-bgcjn2s2ut
Mungkin risau gambar isterinya tak cukup jelas, maka diambilnya gambar yang lebih besar. Rasa bersalah pula saya tak tunjuk gambar dari kamera padanya.“Nanti-nanti, tak cukup korum lagi ni..” sambil mengeluarkan potret itu dari sampul yang dipegangnya sambil ahli keluarga yang lain mengambil tempat. Barulah saya menekan shutter kamera, sambil tersenyum dan hati berbunga.
screen-shot-2017-01-31-at-10-38-28-am

Menurut Hafizan lagi, beliau tahu, mungkin ini kali pertama dan terakhir dalam hidupnya, bertemu orang seperti Pak Cik ini. Living legend, yang hanya dapat kita lihat di kaca tv, yang selalu kita baca di dalam novel cinta.Diceritakan juga setiap hari beliau ke pusara, membawa bunga untuk cinta hatinya yang telah pergi hampir 4 tahun. Allahu, besarnya cinta pakcik Omar kepada arwah isterinya.

screen-shot-2017-01-31-at-10-38-35-am
Moga beliau menjadi inspirasi agar kita jadi sepertinya, “bercerai kasih talak tiada”. Al-Fatihah untuk isteri beliau.