Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Zamani Beri Bayangan Bakal Isteri

Semoga urusan perkahwinan Zamani dipermudahkan.

Published

on

Setelah sekian lama berteka-teki, penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau Zamani akhirnya mengesahkan bakal berkahwin pada hujung tahun ini.

Perkara itu didedahkan oleh Zamani secara eksklusif menerusi temu bual bersama Pagi Hari Di Kool (AG, Haiza & Muaz) hari ini.

Menurut Zamani, bakal isterinya itu bukanlah orang dari industri hiburan sambil berjenaka memberitahu wanita itu merupakan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu belum berkongsi mengenai tarikh pernikahannya bersama wanita dikenali sebagai Juliana atau Julie yang turut bertindak sebagai pembantu peribadinya.

Wanita itu juga antara individu yang selalu menyokong serta memberikan kata-kata semangat kepada Zamani apabila dia berdepan masalah dalam kariernya.

Dalam perkembangan terbaru, Zamani kini tampil dengan dua single terbaru berjudul Aduh ciptaan komposer Faizal Tahir dan juga lagu duet Lima Aksara, bersama Ezad Lazim.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement