Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Zain Saidin Tidak Merajuk, Cuma…

Peluang semakin jauh, akui rindu bidang lakonan

Published

on

Pelakon Zain Saidin akur menerima kenyataan tawaran berlakon semakin lama semain kurang, walaupun ia sesuatu yang pahit.

Palbagai alasan diberikan, malah raut wajah kacukan yang dimilikinya juga membuatkan tawaran tidak lagi menyebelahi Zain.

Kali terakhir membintangi 2 telefilem arahan Michael Ang, tahun lalu.

“Terus terang, saya memang tidak lagi menerima tawaran berlakon. Keinginan berlakon masih ada, tetapi, tidak banyak watak yang sesuai untuk saya bawakan.”

“Saya tidak merajuk atau berjauh jati, malah jika terpaksa menghantar borang permohonan untuk mendapatkan tawaran berlakon, saya sanggup.”

Susulan itu, suami kepada Rozita Che Wan ini menumpukan fokusnya pada bidang perniagaan.

“Memang saya rindu berlakon, tetapi apa yang boleh dilakukan? Saya perlu menunggu peluang itu datang. Lainlah kalau saya memiliki produksi sendiri, sesekali boleh juga melepaskan rindu.”

Zain juga mengakui, bukan hanya dirinya yang melakui situasi itu.

Beberapa pelakon seangkatan lain turut berdepan kesukaran mendapat peluang berlakon.

“Saya faham apabila stesen televisyen dan syarikat produksi lebuh memberi tumpuan kepada bakat baharu, terutama mereka yang memiliki pengaruh besar di media sosial.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement