Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

“YB Cantik Rambut Saya Tengok Dari Belakang” – Komen Gurauan Siti Nurhaliza Kepada Syed Saddiq Dapat Perhatian Netizen!

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik foto sedang menggunting rambut di sebuah kedai.

Published

on

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik foto sedang menggunting rambut di sebuah kedai.

Menariknya, dalam foto itu kelihatan poster penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berada di dalam kedai gunting rambut berkenaan apabila ia ditampal pada dinding.

Lantas, komen yang ditulis oleh Siti sejurus melihat posting Syed Saddiq itu mendapat perhatian netizen.

“YB cantik rambut saya tengok dari belakang,” tulis Siti.

Siti yang mesra dengan panggilan Tok Ti dengan nada bergurau meninggalkan komen di foto Syed Saddiq bahawa dia sedang memerhati daripada arah belakang.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat Tok Ti selain menyifatkan penyanyi nombor 1 negara itu pandai bergurau.

Untuk pengetahuan, komen gurauan Tok Ti  itu telah mendapat hampir 5,000 tanda ‘like’ di laman Instagram Syed Saddiq.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement