Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Yang Rasa Berdosa Boleh Left Group..”- Admin Riak Apa Hari Ini Jawab Teguran Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ juga menasihatkan agar admin group tersebut menukar nama atau menutup terus group tersebut.

Published

on

Baru-baru ini satu teguran secara terbuka dibuat oleh Ustazah Asma’ Harun berkaitan satu group di Facebook yang menjadi viral dek kerana ramai terhibur dengan content dikongsi warganet.

Group yang dinamakan Riak Apa Hari Ini dilihat agak unik dan kelakar dengan perkongsian ramai yang rata-ratanya hanya mahu bergurau. Tidak salah mahu bergurau, namun perkataan riak tersebut mungkin tidak sesuai digunakan dalam konteks agama. Begitulah nasihat yang diberi pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Ustazah Asma’ juga menasihatkan agar admin group tersebut menukar nama atau menutup terus group tersebut.

“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,”

Tidak berdiam diri, individu yang mendakwa dia adalah admin group tersebut membuat jawapan balas terhadap teguran itu.

Katanya, setelah berbincang mereka telah memutuskan untuk mengekalkan nama group tersebut. Mereka juga meminta sesiapa yang rasa berdosa untuk keluar dari group berkenaan.

Satu lagi posting dimuatnaik menjelaskan hal yang seakan sama.

“Ok kawan-kawan..sebab group kite tengah viral sekarang…sebarang post yang anda share melibatkn kecaman terhadap group ni…admin xkan aproved…xmo kite mengutuk dah…sbb asalnya group ni hnya tuk membhan ahli jemah kite yg msing2 riak di dunia tipu2…kmi pra admin trima seadanya nasihat…kite mnusia masih bertuhankn Allah…kite masih mengucap 2 klimah syahadah…fhm rmai yg trjejas akibat covid ni..& perlukn hiburan…niat kmi pra admin hnya berkongsi tuk suka2..xder niat lngsung nk memperlekehkn golongan miskin @ sederhana…honestly kmi pra admin pun bkn dr golonga bangsawan,jutawan,hartawan..kmi jgak dr golongan yg trjejas..kmi masih berusha mncri rezeki sesuap nasi setiap hari…setiap rezeki org lain-lain..”

Teguran sudah dibuat dan terpulanglah kepada individu untuk menerimanya atau tidak kan? Ada betul juga apa yang dinasihatkan Ustazah Asma’ tu, apa pun fikir-fikirkanlah ya!

 

 

Baca juga:

“Laporan Polis Sudah Dibuat..”- Janna Nick Tidak Berdiam Diri Isu #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY

“Konon Al-Hafiz..”- Lupakan Isu K-Pop, Netizen Kini Bergabung Pertahankan Ustaz Kazim Elias #protectustazkazimelias

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo, Facebook

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement