Semasa & Hiburan
Westlife Gegarkan Malaysia Ogos Ini
Keinginan peminat di Malaysia untuk menyaksikan kumpulan terkenal antarabangsa, Westlife, beraksi sekali lagi di Malaysia bakal direalisasikan tidak lama lagi.
Keinginan peminat di Malaysia untuk menyaksikan kumpulan terkenal antarabangsa, Westlife, beraksi sekali lagi di Malaysia bakal direalisasikan tidak lama lagi.
Kumpulan tersebut mengumumkan beberapa tarikh untuk konsert jelajah The Twenty Tour menerusi laman Instagram rasmi mereka semalam, dan Malaysia antara destinasi yang akan dikunjungi.
Westlife akan mengadakan konsert bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam dan menariknya kali ini, mereka memutuskan untuk membuat persembahan selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Ogos ini.
Kali terakhir Westlife hadir dan mengadakan konsert sebagai sebuah kumpulan di negara ini ialah pada 2011, yang merupakan sebahagian daripada konsert jelajah The Gravity Tour.
Kumpulan berkenaan mengumumkan pembubaran mereka setahun selepas itu, sebelum kembali bersatu September tahun lalu.