Connect with us

Hiburan

Wany Hasrita Tunai Haji Esok

Semoga dipermudahkan..

Published

on

Selepas khabar Neelofa, Aris Ariwatan dan Erra Fazira, penyanyi Wany Hasrita turut akan berangkat ke Tanah Suci Mekah esok bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Peluang meegerjakan haji dalam usia muda ini dianggap satu rezeki yang tidak disangka-sangka lantaran mendapat jemputan istimewa daripada kerajaan Arab Saudi sendiri.

Image result for wany hasrita

Wany bagaimanapun mengaku masih terkejut kerana peluang keemasan ini datang beberapa hari sebelum ini.

Penyanyi lagu Menahan Rindu ini akan berangkat pada pukul 4 petang esok dan kembali ke tanah air pada 16 Ogos ini.

“Sebenarnya saya tidak ada perancangan pun mahu mengerjakan haji tahun ini. Niat mahu ke sana memang sudah lama ada, tetapi tidak sangka pula rezeki datang tahun ini pada saat-saat akhir.”

Wany turut akan ditemani rakan baiknya, penyanyi, Amira Othman.

Image result for wany dan amira othman

“Persiapan sebagai jemaah haji sangat lancar kerana banyak keperluan seperti jubah dan telekung memang ada di rumah. Cuma hari ini, saya perlu dapatkan suntikan vaksin dan mencari beberapa keperluan yang belum ada.

Menurutnya tentang persediaan ilmu haji, dia meminta tolong Heliza Helmi yang mengenali seorang ustaz untuk mengadakan sesi pembelajaran tentang haji.

Semoga segala urusan Wany dan Amira dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang..

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement