Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Wany Hasrita Bawa Ibu Tunai Umrah

Semoga dipermudahkan..

Published

on

Berbakti kepada kedua orang tua ada pelbagai caranya. Ada yang suka memberi hadiah, ada yang tidak lupa mengirimkan wang setiap bulan, ada yang tidak berhenti menggembirakan hati mereka dan ada juga yang menolong ibu bapa dikala mereka dalam kesusahan.

Lain pula dengan penyanyi yang popular menerusi lagu Menahan Rindu Wany Hasrita yang berbakti kepada ibu dan keluarganya dengan cara membawa mereka menunaikan ibadah umrah.

Image result for wany hasrita dan ibu"

Wany menerusi satu portal hiburan online memaklumkan dia bakal berangkat ke tanah suci pada Isnin bersama ibu dan keluarganya.

Baru sahaja pulang menunaikan haji beberapa bulan lalu, rakan Wany iaitu penyanyi Amira Othman turut tidak ketinggalan untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi bersama keluarganya.

Image result for wany hasrita dan amira othman"

Menurut Wany, dia teruja namun turut memohon agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.

Dalam perkembangan lain, Wany memberitahu dia bakal menyertai misi kemanusiaan ke sempadan Syria -Turki pada april depan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement