Berita
Wanita Maut Gara-Gara Mercun Meletop Di Mulut
Kejadian berlaku di pekan Viso del Marques di Sepanyol.
Seorang wanita berusia 56 tahun maut selepas satu mercun roket termasuk ke dalam mulutnya dan meletup ketika satu persembahan bunga api di pekan Viso del Marques di Sepanyol.
Difahamkan, mangsa mati di tempat kejadian dan pasukan perubatan yang berada di pesta itu tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan mangsa.
Seorang lelaki yang menyalakan sumbu mercun itu sudah ditahan dan mungkin didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian.
Saksi memberitahu, mercun roket itu masuk ke mulut mangsa dan meletup ketika dia berada bersama orang ramai.
Kejadian itu menyebabkan pesta itu dibatalkan dan bendera juga dikibarkan separuh tiang.