Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Wanita Berusia 25 Tahun Dihukum Melakukan Khidmat Masyarakat 200 Jam Gara-Gara…

Seorang wanita berumur  25 tahun dikenakan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam, susulan penemuan bangkai 64 kucing di dalam peti sejuk beku dan ditanam di sekitar rumahnya.

Published

on

Seorang wanita berumur  25 tahun dikenakan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam, susulan penemuan bangkai 64 kucing di dalam peti sejuk beku dan ditanam di sekitar rumahnya.

Itu adalah tempoh percubaan selama dua tahun dan akan dipantau secara elektronik di rumahnya selama 90 hari.

Suspek Caycee Bregel difahamkan menjalankan pusat perlindungan haiwan bukan berasaskan keuntungan, Minnesota Animal Rescue dan kejadian itu terbongkar selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada jirannya.

Hasil pemeriksaan ke atas rumah wanita itu di Minnesota, Amerika Syarikat mendapati terdapat 43 kucing, seekor babi dan lima anjing ditemui dalam keadaan kurus kering, terabai serta tidak terurus, selain kediaman itu juga kelihatan amat kotor serta busuk.

Caycee didakwa menyimpan bangkai kucing dalam peti sejuk dan di garaj serta menanam kucing di halaman belakang rumah.

Dalam pada itu, beberapa kubur cetek turut ditemui.

Caycee mengaku bersalah atas 13 tuduhan terhadapnya kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Dia kini dikehendaki menjalani pemeriksaan psikologi malah tidak lagi dibenarkan untuk memiliki atau memelihara haiwan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement