Connect with us
Kool FM

Berita

Ustaz Harryanto Rizal Rokman Kongsi Cara Ringkas Solat Tarawih Di Rumah

Solat tarawih hanya datang setahun sekali! Jadi, manfaat sebaiknya.

Published

on

Di bulan Ramadan, pelbagai persoalan timbul terutama berkaitan solat tarawih berikutan larangan kerajaan untuk mengadakan solat tarawih berjemaah di masjid di seluruh negara bagi membendung wabak Covid-19.

Ustaz Harryanto Rizal Rokman ketika dihubungi penyampai Kool FM iaitu AG dan Muaz ada berkongsikan tatacara solat tarawih paling ringkas bagi semua umat Islam di Malaysia.

Menurut beliau, solat masih sah sekiranya terus rukuk selepas membaca Al-Fatihah.

Jika mahu membaca surah al-Ikhlas untuk 2 rakaat solat tarawih berturut-turut  selepas bacaan al-Fatihah juga solat masih sempurna.

Cuma, kita digalakkan untuk membaca pelbagai jenis surah panjang agar mendapat ganjaran pahala yang lebih.

Ada banyak kelebihan solat sunat tarawih dan antaranya disebutkan dalam hadis Nabi SAW :

“Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”. – HR Muslim

Solat sunat tarawih ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat satu salam, kemudiannya diulangi lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Di Malaysia, umumnya kita lihat sunat tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

Berbicara tentang bacaan selawat antara rakaat-rakaat sembahyang tarawih, Ustaz Harryanto menjelaskan, tidaklah diharuskan jika kita tidak menghafalnya.

Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Begitu juga dengan solat sunat witir yang membawa maksud ganjil. Kebiasaan umat Islam di Malaysia menunaikan solat sunat witir selepas tarawih sebanyak 1 rakaat, tetapi afdalnya 3 rakaat.

Solat witir tidak wajib, tetapi boleh dilakukan sejurus solat tarawih ataupun berasingan.

Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal.

Solat tarawih hanya datang setahun sekali! Jadi, manfaat sebaiknya.

Bagi anda yang terlepas perbualan penuh ustaz Harryanto di Kool FM, dengarkan di bawah.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement