Connect with us

Berita

UMT terima pengiktirafan MBOR

Published

on


Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai universiti pertama di negara ini yang memperoleh ISO 9001: 2015 (Sistem Pengurusan Kualiti).

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT memperoleh pensijilan itu dalam skop Pengurusan Latihan Berkaitan Kursus Perlesenan Selam Skuba, Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda dan Pasca Siswazah, Pengurusan Penyelidikan dan Proses Sokongan Universiti.

Menurutnya, pengiktirafan ini menunjukkan kesediaan UMT sebagai institusi sebagai pusat selam scuba negara dengan mematuhi prosedur standard dunia.

“Pensijilan ISO 9001: 2015 ini juga membuktikan keupayaan UMT dalam menyediakan perkhidmatan selam skuba terunggul yang dapat memenuhi keperluan dan meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan.

“Pelaksanaan Sistem Pengurusan UMT yang mendokong Pelan Strategik UMT 2018-2022 berpandukan standard ISO merupakan salah satu inisiatif utama memastikan UMT sentiasa mengamalkan pengurusan berkualiti selari dengan visi menjadi universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani global,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima sijil pengiktirafan itu daripada Pegawai MBOR, Nurul Fatihah Mahmood. – K! ONLINE

The post UMT terima pengiktirafan MBOR appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Copyright © Kool FM 2021. All rights reserved. Under Ripple, part of the Media Prima Group.