Connect with us

Hiburan

Umie Aida Bela Anjing Jalanan Jadi Penjaga Rumah

Blacky hanya akan berada di luar pagar rumah menjadi penunggu setia.

Published

on

Pelakon popular, Datin Seri Umie Aida mendedahkan dia memiliki seekor anjing jalanan yang menjadi penjaga rumahnya sejak setahun yang lalu.

Anjing yang diberi nama Blacky itu menjadi penunggu setia di hadapan rumahnya dan sering diberi makan dan minum.

Menerusi laman Instagram, Umie ada memuat naik sepotong video Blacky sedang menanam anaknya yang baru sahaja mati.

View this post on Instagram

Rasanya hampir setahun blacky jadi jaga depan rumah me. Asalnya dia street dogs , me kasi mkn.. dia terus anggap me tuan dia. Dan dia mcm tahu batas-batas antara me dgn nya..kalau me buka pintu pagar rumah, tak pernah sekali pun dia cuba masuk . Dia sedar ruangnya hanya luar pintu pagar rumah me. Dan blacky sgt setia dan dengar ckp. Dipendekkan cerita blacky baru dpt anak.. dan dia sorok baby dia kat satu kawasan yg me sendiri tak tahu. Tapi setiap kali nak mkn dia akan dtg rumah me. Dan semlm… blacky datang bawa anak dia.. mata blacky berair seolah2 menangis . Ya Allah… rupa-rupanya baby dia mati dan dia minta tolong tanamankan baby dia. Me tak tahu nak ckp mcmmana sedih blacky dgn kematian anaknya. Binatang pun ada perasaan tanam anak dia yg dah mati. Manusia ??? Hmmm… 😢 pengajaran buat kita yg bergelar manusia.. yang ada hati perasaan , akal dan iman.

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

Menurut Umie, Blacky hanya akan berada di luar pagar rumah, seolah-olah tahu batas yang perlu dijaga.

Apa yang menyayat hati adalah ketika Umie menceritakan keadaan Blacky yang baru sahaja kehilangan anaknya, jelas seperti sedang bersedih.

Perkongisan Umie itu ternyata mendapat perhatian ramai termasuk dari rakan artis yang turut bersedih dengan kejadian yang menimpa anjing belaannya itu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement