Semasa & Hiburan
“Ujian Berat Untuk Saya Dan Keluarga” – Serina Redzuawan
Semoga proses pembedahan ibu Serina berjalan lancar.
Anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan iaitu Serina Datuk Redzuawan ada berkongsi tentang keadaan kesihatan ibunya kepada umum melalui laman Instagram pada 26 Februari.
Difahamkan, salah satu kaki ibunya, Norhayati Ayub terpaksa dipotong akibat kencing manis.
“Ya Allah..mula mula dapat berita pasal mama nak kena operate potong kaki, rasa berpusing dunia kejap.Jadi kelu tak boleh berkata kata, tak tau macam mana nak bagi tau pada mama hakikat ni, doktor pakar minta anak sampaikan sendiri pada ibu. I tau mama tentu kecewa & menangis. I kuatkan hati doa banyak pada Allah beri kekuatan, lepas i pujuk dan explain kenapa kena potong juga sebab nak selamatkan nyawa mama, dia boleh terima & redha. Dia nangis sedih. I peluk cium dia bagi semangat. Nak ucap terima kasih juga pada Abg @abibsyedali @scarlett_requiem Wawa datang lawat mama, beri motivasi & semangat .Moga Allah swt membalas jasa baik kalian. Doakan mama selamat operation ya semua.Ujian yg berat for me & keluarga. I redha atas ketentuan Allah SWT,” tulisnya.
Biarpun teramat sedih dan lidah terasa kelu, Serina yang juga seorang pelakon dan pengacara kuatkan semangat untuk menerangkan hal tersebut kepada ibunya selepas mendapatkan nasihat dari doktor.
Serina juga redha dengan ujian berat tersebut selain turut memohon orang ramai untuk mendoakan proses pembedahan ibu tersayang berjalan lancar serta dipermudahkan.