Connect with us
Carta Spotlite Kool

Semasa & Hiburan

‘Tukul Dan Paku’ Gabung 4 Penyanyi Popular!

Lagu simbol persahabatan

Published

on

4 penyanyi lelaki popular akan bergabung menyanyikan sebuah lagu baru berjudul Tukul Dan Paku.

Black, Akim Ahmad, Tomok dan Hazama bakal mendendangkannya sempena Konsert 4G’s yang julung kali menggabungkan keempat-empat penyanyi itu.

Tukul Dan Paku yang dicipta oleh komposer Aubrey Suwito dan S Samad, dikatakan simbol persahabatan 4 penyanyi itu.

“Kami menghasilkan single ini kerana konsert 4G’s terlalu istimewa buat kami. Inilah kali pertama gabungan kami dalam satu konsert. Peminat yang hadir boleh mendengar lagu Tukul Dan Paku terlebih dahulu.

Jika diikutkan, kami sudah lama berbincang mengeluarkan single lagu paduan suara berempat. Cuma, kami tiada tujuan untuk menyanyikan lagu itu. Jadi dengan adanya konsert ini, kami kongsi lagu berkenaan.

Konsert 4G’s akan diadakan di Istana Budaya pada 17 dan 18 April 2020.

Hazama berkata, peminat akan dihiburkan dengan lagu-lagu popular zaman 70an hingga 2000 dalam konsert selama 2 jam itu.

“Kami ingin mengetengahkan kelainan apabila peminat dapat menikmati lagu berbeza daripada kami.”

“Selain itu, peminat juga sudah biasa melihat kami menyanyi solo, tetapi pada konsert 4G’s ini, kami akan mendendangkan kebanyakan lagu bersama.”

Tiket konsert dijual dalam talian menerusi www.airasiaredtix.com , bermula dari harga RM98 hingga RM518.

Susunan muzik Konsert 4G’s akan diterajui oleh komposer dan pengarah muzik Aubrey Suwito dengan gabungan dari pemuzik National Symphony Orchestra Istana Budaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement