Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Tok Ti Tetap Nombor 1!

Siti Nurhaliza memecahkan rekod selebriti yang mempunyai paling ramai pengikut Instagram di Malaysia dengan lebih 5.9 juta peminat.

Published

on

Penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza memang dah nombor 1 di hati rakyat Malaysia.

Pada masa sama, dia juga nombor 1 di Instagram apabila memecahkan rekod selebriti yang mempunyai paling ramai pengikut Instagram di Malaysia dengan lebih 5.9 juta peminat.

Akaun ‘CTDK’ mengumpul 5,993,815 pengikut dari seluruh dunia, setakat artikel ini ditulis.

Menerusi kenyataan kepada BH Online,

“Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua yang menjadi pengikut saya di IG.

“Semoga apa yang saya paparkan di IG dapat memberi manfaat kepada anda semua. Semua komen dan tanda suka yang diberi, sangat Siti hargai.”

Menduduki tempat kedua adalah pelakon dan pengacara, Neelofa yang merekodkan 5,987,319 pengikut. Sebelum ini, Neelofa menduduki tempat pertama.

Ini diikuti aktres Nora Danish dengan 5,770,256 pengikut.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement