Connect with us
Webinar Kool

Berita

Tip Simpan Daun Kunyit & Kesom Supaya Tahan Lama

Selamat mencuba!

Published

on

“Baru beli tak sampai seminggu dah nak layu dah daun kunyit dan daun kesom ni. Nak ulang-alik ke pasar memang tak la. Ingat beli banyak-banyak, senanglah sikit.”

Mesti ramai yang mengalami masalah yang sama.  Sedangkan ada yang kita belum buka daripada bungkusan, tetap juga ia menjadi layu dan lembik dalam peti sejuk.

Jangan risau! Menerusi laman Facebook, seorang gadis bernama Huda Zainal telah berkongsi tip bernas untuk menyimpan daun kunyit dan kesum supaya tidak kecut.

1. Ambil tisu dapur dan letakkan ia di dalam sebuah bekas. Letak dalam 2 lapis.

2. Kemudian, basahkan tisu tadi. Elakkan sampai tenggelam.

Image

Image

Image

3. Seterusnya ambil daun kunyit dan daun kesom, masukkan dalam bekas tadi.

4. Lapikkan lagi 1 layer tisu yang dilembapkan. Atas bawah lapik tisu. Cara ini akan membuat daun tahan lama.

Image

Image

Jangan lupa simpan dalam peti sejuk ya! Selamat mencuba..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement