Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tip Pemilihan Kabel Pengecas Telefon Dengan Betul

Sebelum beli, kena tahu ni..

Published

on

Sebagai pengguna telefon bimbit, kabel pengecas adalah tali penyambung hayat. Tanpa kabel pengecas, telefon anda tidak mampu untuk bertahan lama.

Selain mengecas, fungsi lain juga boleh digunakan seperti pemindahan data daripada telefon kepada komputer.

Oleh itu, anda perlu memilih kabel pengecas yang baik dan sesuai dengan telefon anda supaya proses mengecas berjalan lancar dan arus serta voltan yang diterima sesuai dengan telefon tersebut.

Menerusi perkongsian Puncak Angkasa Jaya, ini beberapa tip yang mungkin boleh menjadi panduan:-

1. Pastikan anda tahu jenis “port” pengecas telefon pintar anda.

Terdapat 3 jenis “port” pengecas yg terkini dikebanyakan telefon:

– Micro USB
– Type-C
– Lightning 8 pin

Micro USB Kabel

Kabel pengecas ini adalah universal kerana ia dipakai kebanyakannya untuk pengguna Android.

Image

Type-C

Kebanyakan telefon pintar Android model terbaharu diperkenalkan dengan sambung port & kabel pengecas seperti ini:-

Image

Lightning 8 pin

Ini adalah USB kabel pengecas khas bagi telefon pintar dan peranti keluaran Apple seperti iPhone dan iPad. Ia lebih kecil berbanding Micro USB dan USB Type-C.

Image

2. Kenal dan tahu berapa arus yang sesuai untuk telefon bimbit anda.

Setiap telefon mempunyai arus yang berbeza di mana ia mampu diterima untuk mengecas.

Terdapat jenis model yang mampu menerima mode pengecas biasa dan ada juga yang jenis mampu menerima mode pengecasan pantas.

Jadi untuk mengetahui berapakah arus yang sesuai, rujuk buku panduan/manual telefon bimbit yang terdapat di dalam kotak semasa anda membeli telefon.

Semasa membeli kabel pengecas, anda seharusnya membeli kabel yang sesuai dengan arus yg baik untuk telefon anda. Jika telefon anda mampu menerima arus sehingga 3A sahaja, sebaiknya anda membeli kabel yang mampu membawa arus sehingga 3A juga.

Jika anda membeli dan menggunakan kabel pengecas yang lebih daripada arus yang sesuai dikhuatiri akan merosakan bateri dan “performance” telefon anda. Jika telefon anda boleh menggunakan mode pengecasan pantas, anda boleh menggunakan kabel pengecas yang “support fast charging”

3. Pastikan anda mendapat jaminan semasa membeli kabel pengecas.

Jika anda ingin mendapatkan kabel pengacas yang tahan lama dan “performance” yg baik, anda harus pastikan kabel yang ingin anda beli tersebut hadir dengan jaminan daripada pihak pengeluar.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement