Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Tip Bakar Ikan Supaya Tidak Melekat Pada Jaring

Lapar la pulak..

Published

on

Kalau makan ikan bakar yang diluarnya garing, tapi isinya lembut memang ‘heaven’.

Tetapi apabila buat sendiri selalu tidak seperti yang diharapkan? Kadang-kadang melekat pada tempat jaring yang dibakar.

Berikut adalah tip yang diberikan oleh seorang wanita yang bernama Azlin Aziz menerusi satu perkongsian di laman Facebook:

Image

“Cara saya kalau nak bakar ikan… Guna pelepah pisang tak nak bagi ikan tu melekat kat jaring..”

Image

 

Sementara itu, terdapat juga tip-tip lain bagi memastikan kesegaran ikan itu sehinggalah ia benar-benar masak dan boleh dimakan:-

1. Memilih dan menyimpan ikan

Ikan Mesti Segar! Ikan yang segar jadi kunci kelazatan ikan bakar. Jangan pilih ikan yang sudah dibekukan, pilih yang benar-benar masih segar. Untuk penyimpanan, Jangan simpan dalam freezer. Lebih baik simpan ikan dalam box berisi air batu. Jika di freezer, ikan akan ‘masak’ dan keras. Ketika dibakar, jadi tambah cepat ‘masak’ Ini membuat daging ikan jadi hancur ketika dibakar.

2. Cara cuci ikan
Cuci ikan dalam rendaman air lemon dan garam. Cara ini akan membuat ikan bakar beraroma lebih sedap.

3. Memilih ramuan
Ramuan ikan bakar umumnya terdiri dari bawang merah, bawang putih,cili kering, halia, kunyit, dan buah keras. Jangan beli ramuan segera.

4. Teknik membakar
Membakar ikan sebenarnya perlu teknik khusus. Letakkan ikan di atas pembakar. Tidak perlu letak apa-apa ramuan. Bakar sebentar hingga agak kering, setelah itu baru gaulkan dengan ramuan yang telah dibuat. (sebaiknya bakar menggunakan bara)

5. Tempoh membakar.
Tidak boleh terlalu lama atau terlalu sekejap. Kalau terlalu sebentar, nanti bahagian dalamnya masih basah. Bakar kira-kira 10 minit untuk membakar ikan hingga masak.

6. Jarak bara
Ketika membakar, pastikan jarak ikan dengan bara api tidak terlalu dekat ataupun jauh. Kira-kira 10-12 cm.

 

Selamat mencuba!

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement