Connect with us

Berita

Tidak sempat menyusup keluar negara

Published

on


KUALA LANGAT – Kelicikan seorang tekong darat cuba menyusup 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) keluar dari negara ini gagal selepas ditahan di kawasan ladang Tumbak, Tanjung Sepat di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 44 tahun menerusi Ops Benteng Covid.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Zulafendy Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati tekong darat warga tempatan itu berperanan membawa PATI tersebut keluar dari Malaysia menggunakan jalan laut.

“Pemeriksaan mendapati kesemua PATI itu terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita.

“Turut dirampas adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan anggaran RM29, 000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Tanjung Sepat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 ” katanya. – K! ONLINE

The post Tidak sempat menyusup keluar negara appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement