Connect with us

Hiburan

“Tiba-Tiba Rasa Nak Jadi Gajah” -Zizan Usik Foto Terbaharu Neelofa

Dah kenapa naik jadi gajah….

Published

on

Pelakon dan pelawak Zizan sebelum ini pernah dikaitkan dengan pengacara Neelofa susulan berita berkenaan Zizan menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan masalah visa umrah buat pengacara tersebut ketika mahu berangkat ke tanah suci baru-baru ini.

Bagaimanapun, Zizan menjelaskan bahawa dia menolong Neelofa bukan kerana mahu menunjuk atau riak, sebaliknya ikhlas mahu membantu apabila melihat kesungguhan Neelofa untuk mengerjakan haji selain mempunyai rakan terdekat yang turut dapat membantu pengacara tersebut.

Terbaharu, Neelofa menerusi laman Twitter rasmi miliknya memuat naik sekeping gambar bersama gajah.

Zizan bagaimanapun tidak melepaskan peluang untuk berseloroh dengan mengusik Neelofa dengan membalas ciapan tersebut.

“Tiba-tiba aku rasa nak jadi gajah.” Tulisnya

Reaksi spontan daripada pelawak berkenaan sekaligus menerima pelbagai komen daripada pengikut yang rata-ratanya terhibur dengan usikan tersebut.

Terkini, Zizan bakal melancarkan video klip lagu Berserah nyanyiannya bersama dengan Ismail Izzani tidak lama lagi.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement