Connect with us
Kool FM

Berita

Tiada dana dari kerajaan – MAB

Published

on


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd. (MAB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tidak menerima sebarang bantuan dana dari kerajaan seperti yang dilaporkan media sebelum ini. 

Menurut syarikat penerbangan itu, Khazanah Nasional Bhd. sebagai pemegang saham tunggal sentiasa menyokong segala usaha untuk menangani dan mengatasi kesan krisis Covid-19 walaupun tiada dana tambahan diberikan.

Baru-baru ini dilaporkan, MAB menerima AS$300 juta (RM1.28 bilion) dana tambahan bagi membantu mengatasi krisis Covid-19. 

Awal bulan ini, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pihaknya sedang menunggu dan akan meneliti pelan pemulihan daripada MAB sebelum memutuskan bantuan yang dapat diberikan untuk menyokong syarikat penerbangan nasional yang terkesan oleh Covid-19.

The post Tiada dana dari kerajaan – MAB appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement