Connect with us

Hiburan

The Matrix 20 Tahun! Keanu Reeves Kembali Dalam Sekuel ke 4!

Neo dan Trinity kembali bergabung!

Published

on

Filem Matrix bakal kembali dengan sekuel keempat!

Foto screenrant.com

 

Keanu Reeves akan kembali membawakan watak popularnya sebagai Neo, di samping Carrie Anne Moss sebagai Trinity.

Pengarah terkenal, Lana Wachowski disahkan menjadi pengarah dan penulis untuk sekuel keempat itu, di mana dia juga bertindak menjadi pengarah filem pertama Matrix 20 tahun yang lalu bersama adiknya Lilly, yang sebelum ini dikenali sebagai The Wachowski Brothers.

Foto nypost.com

Sumber mengatakan Matrix 4 bakal memulakan penggambaran pada awal tahun 2020.

Jalan cerita sekuel keempat ini masih dirahsiakan, dan watak Morpheus yang sebelum ini dipegang Laurence Fishburne juga masih belum diketahui.

Foto mldspot.com

Menurut Lana,

“Idea untuk menerbitkan sekuel terbaharu Matrix yang dibincangkan bersama Lilly 20 tahun yang lalu, kini semakin menghampiri realiti. Saya gembira karakter filem ini diberi peluang untuk bekerjasama sekali lagi.”

3 filem Matrix sebelum ini, The Matrix, The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions telah meraih jumlah kutipan terkumpul lebih $1.6 bilion di peringkat global.

Ini antara aksi-aksi ‘iconic‘ dalam filem The Matrix:

The Bullet Time

The Spoon

He is The One

Neo vs Agent Smith

Meeting Trinity

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement