Berita
[TERKINI] PKPD Di Daerah Kota Setar Kedah Bermula 12 Malam
Masjid dan semua institusi pendidikan diarah tutup…
Sidang media hari ini menetapkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkat (PKPD) secara Pentadbiran di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah.
Ia akan dikuatkuasakan mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September.
Pengumuman itu dibuat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini. Katanya, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah turut dihentikan sehingga tamat PKPD pentabiran ini.
Masjid dan semua institusi pendidikan diarah tutup manakala aktiviti sukan, sosial dan budaya dilarang dan feri dari jeti Kuala Kedah tidak dibenar beroperasi sepanjang PKPD Pentadbiran ini dikuatkuasa, katanya.
Sementara itu, PKPD di Aman Jaya, dilanjutkan selama 3 hari sehingga 13 September 2020 kerana saringan belum selesai.
Sumber dari Harian Metro.