Connect with us
Kool FM

Berita

[TERKINI] Pavithra Mohon Mahkamah, Ingin Tarik Balik Pertuduhan Terhadap Suami

Kerana sayang…

Published

on

Selepas satu-satu kejadian menimpa Youtuber terkenal S Pavithra apabila Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini memerintahkan beliau untuk menyerahkan surat rasmi menarik balik pertuduhan terhadap suaminya M Sugu yang mendatangkan kecederaan kepadanya. Perintah berkenaan dikeluarkan Hakim Norashima Khalid ketika sebutan semula kes hari ini.

Ketika prosiding dijalankan, Liyana Zawani memberitahu mahkamah terdapat permohonan daripada Pavithra untuk menarik balik pertuduhan dicederakan suaminya. Katanya, surat menarik balik pertuduhan perlu diperoleh sebelum 8 September depan untuk dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.

M Sugu, keluar dari dewan selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen Ipoh. - Foto/Balqis Jazimah Zahari

Mengikut pertuduhan, suaminya M Sugu, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isteri dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) antara jam 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Selain itu, Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana dia didapati memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis Tiger.Sugu didakwa memiliki sabit sepanjang 66 sentimeter di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, jam 6 petang, 21 Julai lalu.

Mahkamah membenarkan tarikh sebutan semula kes bagi kedua-dua pertuduhan, pada 8 September depan.

 

Sumber dari Berita Harian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement