Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Terkesan Dengan Tohmahan Netizen, Ali Puteh Saman Isteri Arwah Abam

Hmm…

Published

on

Belum habis dengan kontroversi sebelum ini, pelawak Ali Puteh mengeluarkan saman pula terhadap kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri. Ali berkata, dia mengambil keputusan menyaman bekas kakak iparnya itu sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

Boleh jumpa ibu tapi jangan rakam' | Selebriti | Berita Harian

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

Sebelum ini tular video rakaman Datuk Aliff Syukri ke rumah balu abam, disebabkan video itu tular, Ali mendakwa keluarganya sangat terkesan dengan tohmahan netizen.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” katanya.

Ali juga mendakwa, Hidayah membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Ini Respon Hidayah Selepas Ali Puteh Dakwa Tidak Dibenarkan Jumpa Anak Abam  - Bawang Rangers
Hidayah tidak menidakkkan perkara itu, malah turut mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kerana bimbang direbut oleh Ali.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2020.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement