Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Teringin Beli Sesuatu? Pemuda Ini Kongsikan Sebab Perlu Tunggu 3 Hari

Macam ada bisikan..

Published

on

“Saya mempunyai sikap boros yang sukar dikawal. Meskipun saya sedar sumber kewangan agak terhad, namun nafsu berbelanja itu sering mengganggu.”

Pernahkah anda merasakan atau megalami perkara sebegini? Tetapi ia langsung tidak merisaukan kerana anda juga mempunyai rakan yang mempunyai minat dan tabiat sama.

Ramai yang sanggup menahan nafsu makan semata-mata kerana ingin membeli barangan yang digemari.

Menerusi laman Twitter seorang pemuda yang bernama Izzat Ikhwan berkongsi situasi di mana sebenarnya keinginan untuk beli sesuatu secara tiba-tiba itu disebut sebagai “impulsive buying”.

Menurut sebuah portal online, “impulsive buying” adalah kecenderungan untuk membeli sesuatu tanpa perancagan terlebih dahulu. Kebiasaannya dicetus oleh emosi dan perasaan yang mengejut.

Pada awal abad ke-20, seorang lelaki telah mencipta satu kaedah permainan minda untuk menarik perhatian dan keinginan pembeli melalui penciptaan kedai atau gudang yang mampu mencetus “impulsive buying”. Ia dikenali sebagai “Gruen Effect”.

Contoh terbaik bagi mengilustrasikan “Gruen Effect” ini pada zaman moden sekarang ialah Ikea.

Menurut pakar psikologi, susun atur di dalam sesebuah gedung Ikea telah membenarkan pembeli melihat dan menyentuh sendiri sesuatu barang hingga membuatkan dirinya lebih tertarik membeli.

Julia Brenner di Apartment Therapy menyenaraikan beberapa teknik menolak “impulsive buying”:

1) Buat senarai;
2)Tanya soalan (perlu ke tak);
3) Beri ganjaran pada diri dalam bentuk pengalaman bukan barang;
4) Bawa wang yang dihadkan semasa beli-belah, tolak kad kredit/debit.

Semoga dengan beberapa teknik di atas dapat membantu anda mengawal nafsu daripada belanja berlebihan..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement