Connect with us

Gaya Hidup

Tercari-Cari ‘Port’ Paling Best Untuk Hilangkan Stres? Jom Lawati ‘Water Castle’ Di Taman Sari

Published

on


Tak kira golongan muda ke yang berusia, pasti anda akan lalui saat sukar sehingga membuatkan anda berasa stres dan tertekan. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengambil off day untuk berhenti seketika daripada kesibukan di pejabat dan mula rancang untuk bercuti atau melancong ke sesuatu tempat.

Nak cari destinasi yang sesuai untuk berehat atau bermeditasi dengan tenang, apa kata anda pergi ke Taman Sari di Jogjakarta yang terletak berhampiran di Kraton. Untuk pengetahuan anda, taman ini mempunyai sejarah yang tersendiri dan pada awalnya ia memang ditubuhkan untuk keluarga Sultan untuk beristirehat.

Image result for water castle taman sari

Sumber: pinterest

Pilihan Ramai Pelancong

Gabungan seni bina daripada timur dan barat menjadikan ia sebuah bangunan yang unik. Bukan itu sahaja, lokasi paling terkenal di taman ini adalah lokasi bathing dan resting yang merupakan tempat Sultan dan anak perempuannya iaitu Umbul Pasiraman. Apabila anda melihat sahaja, keindahan water castle di tengah-tengah Taman Sari pasti ia membuatkan anda berasa tenang dan selesa.

Image result for water castle taman sari

Sumber: indonesia travel

Image result for water castle taman sari

Sumber: traveller

Berdekatan Dengan Pasar Ngasem

Kalau dah jejak sini, anda bukan sahaja dapat lawati Taman Sari, tetapi ia juga berdekatan dengan Pasar Ngasem di mana anda boleh lihat ramai pelancong luar membeli makanan tempatan di sana. Yang nak shopping untuk saudara mara pun boleh sebab kebanyakan tempat jualan menawarkan harga yang berpatutan untuk pembeli dan pelancong.

Image result for pasar ngasem

Sumber: pinterest

Jika anda menginap di kawasan Kraton dan berhasrat untuk berkunjung ke sini, anda boleh berjalan kaki sahaja kerana ia hanya mengambil masa 15 minit untuk ke sana. Bagi yang tak larat nak jalan, ada je pengangkutan awam seperti beca disediakan. Apa yang penting, rancang percutian anda dengan teratur agar ia dapat dijadikan sebagai pengalaman yang terindah.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Kalau Pergi Jakarta Dengan Suami, Wajib Singgah Tempat Ni Baru Lah Feeling

4 Sebab Mengapa Anda Perlu Pilih Pulau Kapas Sebagai Destinasi Untuk Bercuti

 

 

 

 

 

 

Sumber: indonesia/travel 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement