Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Tengku Permaisuri Selangor Kongsi Pengalaman Menerusi Buku

Sebanyak 1500 dicetak

Published

on

Kisah permulaan hidup Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Tengku Permaisuri Selangor diabadikan menerusi garapan penulisan indah, dalam sebuah buku bertajuk My First Year Journey, From TV News Anchor to Tengku Permaisuri Selangor: An Anecdotal Experience.

Buka setebal 133 muka surat itu adalah nukilan kakak baginda sendiri, Datin Dr Norely Abdul Rahman dan dijual pada harga RM160 senaskhah.

Foto Facebook Selangor Royal Office

Sebahagian hasil daripada pembelian itu akan disalurkan kepada kempen Stray Free Selangor, bagi membantu haiwan jalanan.

Tengku Permaisuri Norashikin adalah Penaung Diraja bagi kempen berkenaan, yang dianjurkan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan SPCA Selangor sejak 2017.

Buku berbahasa Inggeris itu dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Pustaka Raja Tun Uda di Shah Alam pada 16 Disember.

Foto Harian Metro

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, penerbitan buku terbabit adalah bagi berkongsi pengalaman baginda menempuh perkara baharu buat pertama kali sebagai Tengku Permaisuri Selangor, khususnya membabitkan protokol istana dan adat istiadat dalam Balairung Seri.

Menurut Norely, buat masa ini, sebanyak 1500 naskhah dicetak dan pihak yang berminat mendapatkan buku bagi pembacaan santai itu boleh merujuk laman Facebook Selangor Royal Office untuk maklumat lanjut.

Ditanya sama ada buku berbahasa Inggeris itu akan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, Norely berkata, ia akan ditentukan oleh pihak Sultan Selangor sendiri.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement