Connect with us

Berita

Telur Punca Luka Bernanah Adalah Mitos

Informasi yang sangat bagus..

Published

on

Penjagaan pemakanan yang betul selepas pembedahan dan kebakaran adalah penting untuk penyembuhan luka. Penjagaan pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan luka lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan proses penyembuhan akan menjadi lambat.

Namun, pesakit sering akan mengutarakan soalan berkaitan dengan kepercayaan dan mitos-mitos yang diamalkan secara turun-temurun dalam penjagaan luka.  Contohnya:

Image result for ikan haruan

1. Mitos Ikan haruan dan ikan linang / belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh.
(Fakta)
Protein adalah sangat penting untuk penyembuhan luka. Ikan haruan dan ikan linang / belut adalah sumber utama protein sama dengan ikan-ikan lain. Makan semua jenis sumber protein yang mencukupi setiap hari seperti ikan, ayam, daging dan kekacang supaya luka cepat sembuh. Jangan hadkan pada ikan haruan dan ikan linang / belut sahaja.Jika anda mengamalkan diet vegetarian, pastikan makan cukup sumber makanan jenis kacang, kekacang seperti tauhu dan tempe serta susu setiap hari.

Image result for telur

2. Telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh (Mitos) 
Faktanya ialah telur salah satu sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral. Tiada kajian yang menunjukkan pengambilan telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah atau lambat sembuh. Elakkan telur jika anda alah padanya sahaja.

Image result for daging ayam

3. Elakkan daging ayam betina selepas pembedahan. (Mitos)
Faktanya, daging ayam adalah salah satu sumber protein dan tiada larangan untuk mengambilnya selepas pembedahan supaya luka cepat sembuh.

Image result for gamat

4. Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh (Mitos)
Tiada kajian yang menyokong pernyataan ini. Kebanyakan pati-pati seperti pati ayam dan pati ikan haruan adalah tinggi kandungan garam dan tidak digalakkan untuk pengambilan seharian. Tidak sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi.

Image result for buah buahan

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan (Mitos)

Faktanya, buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan garam mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka. Buah limau, jambu batu, anggur dan kiwi yang kaya dengan vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi. Manakala sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi yang kaya dengan vitamin K membantu proses pembekuan darah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement