Connect with us
Kool FM

Berita

“Tarik Tong Gas, Terjatuh Sekali Periuk Cecair Panas..” Gadis Rungkai Sebab Muka Melecur Teruk

Menerusi sebuah video pendek perkongsian Amira di akaun TikTok miliknya, adik Amira ada berkongsi pengalaman tentang dugaan terbesar dalam hidupnya yang menyebabkan wajahnya habis melecur.

Published

on

Kisah adik Amira Maisarah kembali tular selepas dia memuat naik sebuah video menjelaskan apa yang telah berlaku keapda mukanya. Tidak dinafikan, ujian seperti ini amatlah berat buat anak kecil ini lebih lagi ia berkaitan dengan penampilan dirinya. Sedangkan yang sudah dewasa bila muka ada sebiji jerawat sudah mengeluh inikan pula muka melecur teruk. Adik Amira Maisarah sangat kuat! Semestinya dugaan besar yang terpaksa dihadapi oleh Amira ini menjadikan dia lebih bersedia menempuh dunia luar.

Menerusi sebuah video pendek perkongsian Amira di akaun TikTok miliknya, adik Amira ada berkongsi pengalaman tentang dugaan terbesar dalam hidupnya yang menyebabkan wajahnya habis melecur. Menurut Amira, sewaktu dia berusia 2 tahun dia tergelincir di dapur rumahnya dan sempat berpaut pada sebuah tong gas.

Difahamkan semasa kejadian terdapat sebuah periuk belanga yang berisi cecair panas yang turut sama terjatuh dan terlangkup ke atasnya. Tambah Amira, ketika kejadian ini berlaku ia telah disedari oleh kakak dan juga ibunya. Tragedi menyayat hati itu telah menyebabkan Amira melecur hampir di keseluruhan mukanya. Kepalanya juga telah berbalut dan tangannya pula mengalami cacat kekal.

Perkongsian kisah adik Amira itu telah membuat warganet yang melihat video tersebut berasa bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut. Selain itu, mereka tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat supaya adik Amira terus kuat menjalani kehidupan. Bagaimanapun, video perkongsiannya itu telah dipadamkan mungkin atas sebab tertentu. Semoga adik Amira terus kuat!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tiga buruh binaan melecur 50 peratus

Melecur teruk, Ali XPDC beransur pulih

 

 

 

 

Sumber: Kisah Dunia

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement