Connect with us

Hiburan

Tampil Dengan Single Terbaharu, Raisa Mahu Ubah Citarasa

Tahniah Raisa!

Published

on

Selepas selesa membawakan lagu-lagu santai yang berbentuk ‘cinta’, penyanyi Indonesia Raisa Andriana kini tampil dengan single baharu yang berjudul You.

Video muzik lagu tersebut turut memaparkan Raisa menyertai penari-penari latarnya untuk menari bersama mereka, sekaligus menunjukkan penyanyi yang popular menerusi lagu Mantan Terindah itu masih bertenaga untuk membawakan lagu bergenre upbeat.

Menurut Raisa, dia mahu keluar daripada zon selesa dengan mencuba sesuatu yang baharu seperti lagu yang baru dilancarkan.

Sehingga kini, video muzik lagu tersebut telah mendapat lebih daripada 700,000 tontonan, selain respon yang positif daripada pengikut sejak ia dimuat naik pada 7 Oktober 2019.

Untuk rekod, Raisa pernah mengeluarkan beberapa album lain yang berjudul Raisa (2011), Heart to Heart (2013), We Love Disney (2015), Handmade (2016). dan The Best of Raisa (2016)

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement