Connect with us

Berita

Ada Pesanan Dari PLUS Sebelum Balik Kampung Sempena Aidiladha

Sediakan payung sebelum hujan!

Published

on

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihati pengguna lebuh raya supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go lebih awal atau sebelum memulakan perjalanan sempena Aidiladha, Ahad ini.

Dalam kenyataan, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 20 peratus pada hari puncak iaitu pada 9 hingga 12 Ogos serta 17 dan 18 Ogos, berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari biasa.

PLUS turut memaklumkan bahawa syarikat konsesi tol itu tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.

Image result for tol plus

“Namun, terdapat kira-kira 10,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara merangkumi mesin ATM (mesin pengeluaran wang automatik), R&R (hentian rehat dan rawat), stesen minyak, pasar raya, dan kiosk layan diri,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna lebuh raya PLUS juga tidak boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect ketika ini.

Image result for lebuhraya plus

“Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuh raya kendalian PLUS.

“PLUS juga menasihatkan supaya pelanggan lebuh raya menggunakan Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya,” katanya.

PLUS turut memaklumkan maklumat trafik dihebahkan secara berterusan menerusi Twitter PLUSTrafik serta papan tanda elektronik di lebuh raya.

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement