Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

“Tak Tegur Makna Tak Sayang” – Nad Zainal

Pelakon kecil molek, Nad Zainal menerusi laman Instagramnya baru-baru ini menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-3 bersama suami, Muhammad Faliq. 

Published

on

Pelakon kecil molek, Nad Zainal menerusi laman Instagramnya baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-3 bersama suami, Muhammad Faliq.

“Kita adalah pasangan berjiwa klasik terperangkap dalam dunia moden yang kadang kadang teringin jadi hype beast. Sudah 3 tahun kahwin. Selamat Ulang Tahun buat kita. Alhamdulillah…”ujarnya.

Nad yang memuatnaik ucapan serta gambar klasik bewarna hitam putih turut memberitahu, dalam alam berumah tangga perkara seperti tidak bertegur sudah menjadi perkara biasa buat mereka sepanjang perkahwinan.

“Kita bercakau macam ghimau, itu dah biasa,Itulah ♥️. Tak tegur makna tak sayang. Banyak kali tegur bernanah telinga wei!” tulisnya lagi.

Sementara itu, suaminya yang juga merupakan seorang pelakon turut membalas dengan memberi ucapan manis buat Nad menerusi laman Instagram miliknya.

“B, sorry kalau i tak romantic. i tak beli bunga. i tak buat belon bentuk heart. i tak bawak u ke paris kota romantis bodoh itu. apa yang u dapat, bebelan,kena sekolah dan macam2. Tapi i harap u faham, bebelan itu, kena sekolah itu semua sebab sayang.” katanya.
“Hari ni genap kita 3 tahun. kalau umur sampai 300 tahun pun, percayalah, i masih bebelkan u, sekolahkan u. tau kenapa kan? Selamat ulang tahun perkahwinan sayang”. ujarnya lagi menerusi kapsyen di Instagram.

Nad Zainal berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, berusia 2 tahun.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement