Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Tak Tahan Didera, Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjun Tingkap

Anton, budak lelaki lapan tahun maut selepas terjun tingkap akibat tidak tahan didera.

Published

on

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bertindak terjun dari tingkat sembilan apartmen yang didiaminya susulan tidak tahan sering didera ibu bapanya sendiri.

Dikenali sebagai Anton, kanak-kanak itu maut selepas nekad terjun dari tingkap rumahnya di Enerhodar, selatan Ukraine.

Jiran memberitahu mereka mendengar ibu bapa Anton memarahi kanak-kanak itu dan memukulnya kerana baju sekolahnya koyak.

Tidak lama selepas itu, kanak-kanak itu jatuh dari tingkap apartmen.

Difahamkan, ibu bapa Anton mengaku memukul anak lelaki mereka selain sering memukulnya kerana nakal.

Pasangan terbabit dilaporkan berpindah dari apartmen itu dan berhijrah ke bandar lain dan kini diburu pihak polis.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement