Connect with us
Salam Aidilfitri

Semasa & Hiburan

Tak Sampai 24 Jam Lancarkan lagu Baharu, Siti Nurhaliza Dah Naik Angin?

Tolong la…

Published

on

Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 8 Mei 2020 telah tampil dengan lagu baharu berjudul Basyirah.

Basyirah adalah ciptaan pengacara dan penulis lirik Ahamd Fedtri Yahya selain komposernya Hafiz Hamidun sekaligus membuatkan lagu itu amat puitis dengan bermelodikan Timur Tengah.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam lagu tersebut dilancarkan Siti menyatakan kekecewaannya terhadap sikap beberapa individu yang tidak bertanggungjawab didapati cuba mengambil kesempatan dengan memuat naik lagu tersebut di laman YouTube peribadi masing-masing.

Dalam perkembangan lain, menurut Siti lagu itu menterjemahkan sebuah harapan bahawa satu hari nanti akan ada khabar gembira buat Malaysia untuk segera terhindar dari wabak COVID-19.

Siti turut mengharapkan Basyirah mampu memberikan semangat kepada seluruh warga dunia yang menghadapi wabak dan juga petugas barisan hadapan yang berkorban sepenuh jiwa menjaga keselamatan negara.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement