Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Tak Mahu Penonton Terlalu Taksub Dengan Nur 2, Ini Pesanan Noor Khiriah

Kekuatan jalan cerita dan pemilihan para pelakon menjadi faktor drama Nur mendapat sambutan hangat daripada penonton dan terkini, sequealnya juga memberi bayangan positif.

Published

on

Kekuatan jalan cerita dan pemilihan para pelakon menjadi faktor drama Nur mendapat sambutan hangat daripada penonton dan terkini, sequealnya juga memberi bayangan positif.

Kali ini, Nur 2 menampilkan scene dan karakter yang lebih ‘daring’ sekaligus membuatkan penonton juga mudah berasa geram dan terbawa-bawa dengan emosi.

Oleh itu, pelakon Noor Khiriah yang memegang watak sebagai Aishah dalam drama tersebut menasihati orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan drama Nur 2.

Menerusi laman Instagramnya, Khiriah tidak menolak wujud wanita yang berperangai seperti watak Aisyah, namun penonton harus bijak mengawal emosi serta tutur kata agar tidak mengumpul dosa kering ketika menonton drama berkenaan.

View this post on Instagram

korg tgu sc ni kan?sc ni byk bahan nak membawang…cuma apa yang boleh akak katakan pada yg menonton jgnlah terbuai dgn emosi..nak maki nak mcarut carilah bahasa hok molek..malaikat dok mencatat kak piah😁😁drama je pun tp percayalah dlm dunia realiti mmg ada isteri mcm Aisyah…bisu,pendam sampai merana..bawa sampai mati..siankan..rela didera mental & fizikal tp percayalah kesabaran wanita..ada hadnya..Cikgu mana cikgu?akak jd penonton mmg geram dgn Ecah ni..hilang terus taring..langsung tk mcm Ecah dulu..itulah kuasa Cinta & Sayang..btw dok dlm kolam ni bapak sejuk plus dalam..if tak tinjit tenggelam weiiiii😂😂😂

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Lantas, entry yang dimuat naik Khiriah itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Nur 2 bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di TV3 bermula jam 10 malam.

Apa pun, semoga penonton memperoleh pengajaran berguna daripada drama Nur 2 dan dijadikan teladan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement