Semasa & Hiburan
Tahniah! Tomok Umum Isteri Hamil Anak Ketiga
Tahniah Tomok & isteri!!
Tahniah buat Tomok sekeluarga kerana isteri kepada penyanyi berkenaan kini sedang hamil tiga minggu.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman akaun Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan pengikut turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.
Terdahulu, isteri Tomok, Rahayu Abbas meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan pada ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.
Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman.