Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Tahniah! Raja Maha Vajiralongkorn Sudah Berkahwin!

Bekas pramugari Thai Airways akhirnya bergelar Ratu Suthida

Published

on

Raja Maha Vajiralongkorn mengumumkan bahawa beliau sudah berkahwin dengan pasangannya, Jeneral Suthida Vajiralongkorn.

Sumber: AFP

Susulan itu, Raja Thailand itu mengumumkan gelaran Ratu Suthida kepada isterinya, yang dibuat beberapa hari sebelum majlis pertabalannya.
Pengumuman itu dibuat menerusi dekri diraja dan majlis pertabalan raja berusia 66 tahun itu bakal berlangsung mulai 4 Mei hingga 6 Mei ini.
Vajiralongkorn yang turut digelar sebagai Raja Maha X, menaiki takhta diraja Thailand berikutan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016, selepas memegang jawatan itu selama 70 tahun.
Pada 2014, Vajiralongkorn melantik Suthida Tidjai, yang juga bekas pramugari syarikat penerbangan Thai Airways, sebagai timbalan komander unit pengawal peribadinya.

Sumber EPA-EFE

Dua tahun kemudian, iaitu Disember 2016, Suthida dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan pada 2017 sebagai timbalan komander pengawal peribadi diraja.
Vajiralongkorn turut memberi gelaran Thanpuying atau Lady kepada Suthida. Kedua-duanya dilapor telah menjalin hubungan sejak sekian lama, ketika Vajiralongkorn ditabal putera mahkota, tetapi gagal dihidu media dan rakyat.
Vajiralongkorn pernah berkahwin sebanyak 3 kali. Beliau bercerai dengan isteri ketiganya susulan skandal rasuah yang melibatkan keluarga wanita itu.

Sumber: Reuters

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement