Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Tahniah! Justin Timberlake & Missy Eliot Terima Anugerah Ijazah Doktor Kehormat

Tahniah!

Published

on

Tahniah buat dua selebriti antarabangsa Justin Timberlake dan Missy Elliot!

Mereka berdua telah dianugerahkan ijazah doktor kehormat dari Berklee College of Music baru-baru ini.

Menerusi satu portal hiburan online, penerima ijazah kedoktoran kehormat tahun ini diiktiraf atas pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik, serta impak global yang diberikan.

“Kegagalan bukan satu kegagalan jika ia memacu anda ke arah kejayaan. Ia sebahagian daripada perjalanan hidup.

“Saya harap dapat bertemu dan bekerja dengan anda semua satu hari nanti,” kata Timberlake ketika berucap di hadapan graduan yang berjaya menamatkan pelajaran tahun ini.

Bagaimanapun Missy Eliot menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi pencapaian yang diterima.

Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat sejak tahun 1971.

Antara penerima sebelum ini termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.

Tahniah! Semoga pencapaian ini menjadi contoh dan teladan yang baik buat semua selebriti di Malaysia!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement