Connect with us
alt_img>

Hiburan

Syafiq Kyle Sedia Dikecam Dalam Nur 2?

Drama Nur yang mula ditayangkan sejak permulaan Ramadhan tahun lalu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penonton selain turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Syafiq Kyle, yang membawa watak sebagai Ustaz Adam.  

Published

on

Drama Nur yang mula ditayangkan sejak permulaan Ramadhan tahun lalu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penonton selain turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Syafiq Kyle, yang membawa watak sebagai Ustaz Adam.

Namun bagi sambungan drama Nur 2, pelakon, Syafiq Kyle mendedahkan watak Ustaz Adam dijayakannya dalam Nur 2 kali ini lebih berani dan berbeza berbanding musim pertama drama rantaian berkenaan.

Menurut Syafiq, terdapat elemen babak panas membabitkan dirinya dengan seorang pelacur dipaparkan, dan dia bersedia untuk dikecam netizen gara-gara babak terbabit.

“Dalam cerita kali ini, ada babak saya bersama pelacur bernama Juita. Ia bukan sekadar babak panas, malah dirakam dalam bentuk yang pelbagai.” katanya.

Bagaimanapun, Syafiq percaya pendirian penonton setia drama Nur akan berubah selepas menonton sepenuhnya drama yang memulakan penggambarannya baru-baru ini.

“Jika sebelum ini mereka memang mengagumi Ustaz Adam dalam Nur, saya percaya, walaupun bakal ada kontroversi tercetus, kekaguman mereka terhadap lelaki itu akan bertambah lagi selepas menontonnya.” ujarnya lagi.

Nur 2 yang akan bersiaran menerusi TV3 bakal menemui penonton pada pertengahan Mac depan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement