Berita
Suspek Penembak Masjid Jalani Pemeriksaan Mental
Sebuah mahkamah di Chrischurch, hari ini mengarahkan suspek penembak dua masjid, Brenton Tarrant untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
Sebuah mahkamah di Chrischurch, hari ini mengarahkan suspek penembak dua masjid, Brenton Tarrant untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
Suspek berusia 28 tahun itu berdepan 50 tuduhan membunuh dan 30 tuduhan cubaan membunuh dalam insiden serangan dua masjid di Christchurch yang berlaku pada 15 Mac lalu.
Tarrant yang berasal dari Australia juga akan dipantau oleh dua pegawai kesihatan bagi menentukan sama ada dia layak dibicarakan atau kurang siuman ekoran kejadian tersebut.
Suspek kini ditempatkan di sebuah penjara di Auckland dengan keselamatan maksimum dan menjalani prosiding pendakwaan menerusi pautan visual audio.
Untuk pengetahuan, Tarrant dilarang membuat rayuan dan mahkamah menetapkan prosiding seterusnya pada 14 Jun ini.