Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Siti Nurhaliza Rakam Semula Lagu Sudirman

Lagu akan dimuatkan dalam album baharu

Published

on

“Agak lama tidak merakamkan lagu berentak tradisional. Jadi Siti ambil keputusan memuatkan lagu ini dalam album baharu nanti.”

Itu kata Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal merakamkan semula lagu dendangan penghibur terkenal, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, berjudul Teratai Menjelma.

Menurut Siti, dia berbuat demikian sebagai usaha memartabatkan irama tradisional dan memastikan ia kekal relevan sampai bila-bila.

“Bagi album baharu yang kini dalam pembikinan, Siti akan menyanyikan semula lagu Allahyarham Sudirman, Teratai Menjelma. Ia sebuah lagu yang sedap didengar.”

Selain lagu terbabit, album yang bakal menemui peminat pada Januari 2020 itu juga memuatkan karya ciptaan Aubrey Suwito, Joe Flizzow dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Menurut Siti kepada Berita Harian,

“Album ini bakal memuatkan 10 lagu. Selain tiga single Siti yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Siti turut merakamkan tujuh karya baharu. Siti juga sedang menunggu lagu daripada Hael Husaini.”

Sumber: Berita Harian, Instagram ctdk

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement