Connect with us
alt_img>

Hiburan

Siti Ke London Lagi… Sejarah Bakal Berulang!

Siti Ke Royal Albert Hall Lagi

Published

on

Selepas 14 tahun, Datuk Sri Siti Nurhaliza akan kembali membuat persembahan di Royal Albert Hall di London pada 22 April 2019 sempena konsert Datuk Sri Siti Nurhaliza On Tour.
 

London ialah antara 4 lokasi yang akan dikunjungi Siti. Konsert pertama akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta pada 21 Februari, diikuti di Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac dan Axiata Arena, KL pada 16 Mac, sebelum berlepas ke London pada bulan April.

Menurut Siti,

“Konsert kali ini berbeza dengan apa yang pernah dipersembahkan sebelum ini, kerana bermula di Indonesia dan Singapura terlebih dahulu. Pihak produksi sedang berbincang nak menjelajah beberapa lagi lokasi ikonik lain selepas di Royal Albert Hall”

Lebih istimewa, konsert itu akan menampilkan penyanyi popular Indonesia, Tulus di 3 negara, membuat persembahan pada pembukaan konsert dan persembahan duet.
Tiket akan mula dijual mulai 26 Disember.
Selain itu, sebuah filem dokumentari berjudul They Call Me Siti bakal dihasilkan, berkisar mengenai kehidupan penyanyi kesayangan ramai itu.
 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement