Connect with us

Hiburan

Sheila Rusly Kini Buka Restoran Dim Sum

Gulp! Terliur tengok…

Published

on

Orang Malaysia ni memang ‘kaki makan’.

Tambah pula kalau makanan itu sedang viral dan mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat tempatan.

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly dikhabarkan telah membuka sebuah restoran dim sum di Desa Pandan, Kuala Lumpur, penghujung bulan lalu.

Malah, Sheila yang turut dikenali sebagai pengacara program masakan itu berazam mahu membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara jika perniagaannya mendapat sambutan ramai.

“Jika restoran terbabit mendapat sambutan dalam kalangan peminat dim sum, kami tidak teragak-agak untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, mulai tahun depan.

“Ramai orang Melayu yang mula menggemari makanan berkenaan, tetapi untuk mendapatkan produk betul-betul sedap dan halal memang sukar.

“Jadi, dengan adanya restoran disahkan halal, orang Islam lebih teruja untuk menikmati dim sum yang sedap tanpa ragu-ragu lagi,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Haika Khazi.

 

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement