Connect with us

Berita

Sesak 5KM, Lori Bawa Tong Gas Terbalik

Kemalangan melibatkan lori tangki, lori membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) dan dua motosikal.

Published

on

Beratus tong gas petroleum cecair (LPG) bergolek di jalan raya selepas lori yang membawanya terbalik di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban di Seremban, malam tadi.

Dalam kejadian membabitkan empat kenderaan itu, tiga dilaporkan maut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kemalangan melibatkan lori tangki, lori membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) dan dua motosikal.

“Polis menerima maklumat kejadian kira-kira 10 malam. Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia iaitu penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu lori membawa muatan tong gas,” katanya.

Insiden itu turut menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer dan laluan ditutup sepenuhnya.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement