Connect with us
Carta Spotlite Kool

Gaya Hidup

Service-Service Pelik Yang Cuma Ada Di Jepun!

Published

on


Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Timur dan mempunyai lima pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Kyushu, Shikoku dan Okinawa. Jepun mempunyai populasi seramai 126.2 juta orang dan merupakan sebuah negara yang pesat membangun.

Tapi walaupun dia merupakan sebuah negara yang boleh dikatakan serba canggih, terdapat beberapa services ataupun perkhidmatan yang pelik-pelik yang cuma terdapat di Jepun. Sebelum ini aku pernah tulis tentang services sewa keluarga yang dibangunkan di Jepun namun bukan itu sahaja services pelik yang dorang ada. Sebelum aku share dengan korang beberapa services pelik yang dorang sediakan, korang boleh baca article aku tentang services sewa keluarga dekat SINI.

APOLOGIZING SERVICES

Bagi korang yang ego tinggi ataupun segan nak minta maaf dekat orang bila korang buat salah, jangan risau sebab dekat Jepun ada services yang bantu korang minta maaf dekat sesiapa pun. Korang tak perlu berjumpa dengan orang yang korang buat salah sebab syarikat ini akan menghantar pekerja dia untuk minta maaf bagi pihak korang.

Apologizing Services ini membolehkan korang minta maaf dengan apa cara sahaja. Korang boleh upah dorang pergi berjumpa face to face untuk minta maaf dan korang juga boleh minta dorang tulis email ataupun meminta maaf melalui panggilan telefon. Shazaiya Aiga Pro, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini akan mengenakan bayaran sebanyak 25,000 Yen untuk face to face apology dan 10,000 Yen untuk permohonan maaf melalui email ataupun panggilan telefon!

HOMEWORK SERVICES

Korang kesian anak-anak ataupun adik beradik korang terlampau banyak kerja sekolah yang dorang kena siapkan pada waktu cuti sekolah? Jangan risau sebab korang boleh upah Homework Services untuk bantu siapkan homework dorang!

Syarikat yang menawarkan services ini akan mengenakan bayaran sebanyak 500 Yen untuk setiap muka surat, 3,000 Yen untuk setiap 400 perkataan dan 5,000 Yen untuk setiap laporan kajian. Perkerja ini bukan sahaja mampu untuk siapkan kerja rumah dengan mudah dan cepat, mereka juga mampu untuk meniru cara penulisan kanak-kanak yang dorang bantu untuk siapkan kerja rumah bagi mengelakkan dikesan oleh guru-guru mereka.

THIGH ADVERTISING

Korang mesti selalu tengok orang letak iklan dekat billboard ataupun tampal iklan dekat dinding dan tiang elektrikkan? Tapi pernah tak korang tengok orang tampal iklan dekat peha awek-awek seksi? Itulah salah satu perkhidmatan pelik yang terdapat dekat Jepun!

Absolute Territory PR, salah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini telah mengupah beberapa wanita-wanita cantik dan seksi berjalan dikawasan-kawasan yang ramai orang dengan memakai mini skirt sambil stickersticker syarikat yang dilekatkan di bahagian peha mereka. Selalunya mereka bekerja selama 8 jam sehari!

EAR CLEANING PARLOR

Yamamoto Mimikaki-ten merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk membersihkan telinga pelanggan mereka. Syarikat ini telah beroperasi sejak dari tahun 2006 dan penerimaan pelanggan terhadap perkhidmatan ini boleh dikatakan sangat memberangsangkan!

Pelangan yang datang perlu membayar sebanyak 2,700 Yen untuk 30 minit service. Seorang wanita cantik akan melayan pelanggan dan memberikan mereka minum teh sebelum menyuruh pelanggan baring dan meletakkan kepala mereka di peha wanita cantik ini tadi. Muka pelanggan kemudiannya akan ditutup dengan kain dan mereka akan mula membersihkan telinga pelanggan mereka.

WEDDING GUEST

Mungkin ramai yang tak tahu tapi masyarakat di Jepun boleh dikatakan agak kurang bergaul. Disebabkan itu, apabila mereka melakukan majlis perkahwinan, mereka tidak mempunyai kawan untuk dijemput ke majlis mereka. Tapi terdapat satu syarikat yang boleh bantu untuk menyelesaikan masalah korang.

Office Agents, merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk menyewa manusia untuk dijadikan sebagai tetamu majlis korang. Bukan setakat datang meriahkan majlis korang sahaja, pekerja-pekerja ini juga boleh menyanyi dan bergaul dengan saudara-mara korang sambil memuji korang seperti korang semua sahabat baik. Upah untuk perkhidmatan ini bermula dari 5,000 Yen sehingga 20,000 Yen!

KATALAKI: Aku ada buat perkhidmatan kejutkan bangun pagi, boleh roger kalau berminat hahaha!

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement